FAQ
Adakah applikasi ini percuma?
Applikasi ini adalah percuma dan bayaran tidak diperlukan. Apakah itu PERuT?
PERuT (Practical Educational Recuperative Apps Utilised for Therapy) Applikasi ini bertujuan untuk memberi informasi dan menyediakan rawatan psikologi kepada sesiapa yang mengalami gejala kembung. Bagaimana applikasi ini berfungsi?
Applikasi ini akan berfungsi untuk penyampaian program relaksasi sebanyak 12 sesi. Program ini bertujuan untuk mengurangkan tahap keterukan gejala kembung anda. Pengguna akan disuruh untuk menghabiskan tugasan harian seperti merekod gejala mereka sepanjang program ini, membaca informasi mengenai perut kembung berdasarkan kajian terkini, dan platform untuk berinteraksi bersama para penyelidik. Siapakah yang para penyelidik yang menyediakan PERuT?
•Applikasi ini dicipta khas oleh para penyelidik dari Unit Motiliti Hospital Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof Dr Lee Yeong Yeh. Adakah program relaksasi ini mempunyai kesan sampingan?
Program yang direka bertujuan untuk mengurangkan gejala melalui kaedah psikologi. Kesan sampingan seperti perasaan cemas (anxiety) dan perasaan letih (drowsiness) mungkin berlaku. Walau bagaimanapun, kemenjadian kesan ini adalah sangat rendah. Adakah wajib bagi saya untuk bertemu dengan pakar kesihatan sebelum menggunakan applikasi ini?
Program relaksasi mempunyai kadar risiko yang sangat rendah. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk bertemu dengan seorang pakar kesihatan daripada pihak kami terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan program ini adalah sesuai untuk keadaan kesihatan anda. Apa yang perlu saya lakukan jika saya tertidur semasa mendengar audio relaksasi applikasi ini?
Kami sedar bahawa audio ini mampu memberi perasaan relaks.Anda dinasihati untuk mendengar audio relaksasi semasa gejala itu berlaku. Jika anda tertidur semasa mendengar audio ini, anda boleh cuba untuk mengubah posisi anda, duduk secara tegak dan fokus kepada pernafasan anda semasa mendengar audio. Berapa kerap saya perlu mendengar audio relaksai dari applikasi ini?
Anda boleh mendengar audio relaksasi mengikut masa dan kesesuaian anda. Anda akan disuruh untuk mendengar audio yang mengambil masa sebanyak 8 minit setiap hari selama 12 hari. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pihak kami untuk menentukan kekerapan sesi pendengaran ini. |
Hubungi KamiKami sedia membantu.
Kami akan memberi respon yang secepat mungkin dalam 24-48 hours. |
|